Friday, June 26, 2009

KOMPANG DAN GAMELAN

masih lagi topik yg sama,nak story sikit tentang kompang dan gamelan ni.Masih ingat ka wayang Pontianak Harum Sundal Malam..ala yg Maya Karin ketuk-ketuk tu...itulah Gamelan.Gamelan ni salah satu alat muzik di kepulauan Melayu.Memang best ketuk-ketuk alat-alat ni...tapi nak beli alat-alat ni belum termampu rasanya..set yg kami guna ni sahaja bernilai RM 80 ribu ( sebiji kereta tu ),diperbuat daripada tembaga dan kayu jati tu.Menurut Tn.Penceramah En.Isa ( IPI Bangi ) set yg paling murah pun bernilai RM 2o ribu...fuyooh kaya tu...

Menurut En.Isa lagi kalau dia buat persembahan dlm mana-mana function bayarannya tidak kurang RM 3000,En.Isa ni hebat orgnya,skrg ni tgh ambik PHD dlm bidang Muzik ni.Kalau kat Istana Budaya dah biasa dia bt persembahan.

Kompang tu biasaklah kita dengar masa majlis-majlis perkahwinan.Tapi sekarng ni Kem.Pelajaran setiap tahun adakan festival kompang dan selawat dari peringkat daerah hingga peringkat kebangsaan.Itulah mau standby latih budak-budak sekolah ni mula sekarang.Tapi apa-apa pun kompang kena sedia,sebijik kompang bernilai RM 50 keatas..peserta pulak 15 orang,besar jugak bajet yg diperlukan tu..belum masuk baju lagi tu.

1 comment:

  1. Tahniah kerana telah merancang kelab kompang sekolah. Tentang alat-alat saya akan cuba uruskan melalui peruntukan Paniti Muzik.

    ReplyDelete